Tuesday, September 17, 2024
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    UNISSA sertai Seminar ICON IMAD XIII di Thailand

    BANDAR SERI BEGAWAN, 6 OGOS – Seramai 13 wakil dari Fakulti Usuluddin, Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) telah mengambil bahagian dalam Seminar ICON IMAD XIII 2024 yang diadakan di Fakulti Sains Islam, Universiti Prince of Songkla (PSU) Thailand pada 29 hingga 31 Julai lalu.

    Tema utama tahun ini ialah Harmony and Development: The Role of Islam in The Malay World for Peace Coexistence and Sustainable Progress.

    Seminar tersebut diketuai oleh Rektor UNISSA, Dato Seri Setia Dr Haji Norarfan bin Haji Zainal. Ia adalah anjuran bersama Fakulti Sains Islam, PSU, Thailand dengan Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, Malaysia; Fakulti Usuluddin, UNISSA; dan Program Lepasan Ijazah, UIN Sunan Gunung Djati, Bandung, Indonesia.

    Seminar ICON IMAD XIIII 2024 dirasmikan oleh Penasihat Menteri Pengajian Tinggi, Sains, Penyelidikan dan Inovasi, Thailand, Dr Pechdau Tohmeena.

    Majlis dimulakan dengan pembentangan kertas kerja utama oleh dua orang tokoh iaitu Naib Pengerusi Penasihat Menteri di Kementerian Pembangunan Sosial dan Keselamatan Manusia, Profesor Dr Kanok Wongtrangan dan Ahli Majlis PSU, Profesor Dr Ibrahem Narongraksakhet.

    Sesi seminar sebelah pagi diakhiri dengan pembentangan oleh empat wakil dari empat buah universiti yang terlibat dengan penganjuran ICON IMAD. Fakulti Usuluddin, UNISSA diwakili oleh Dekan, Profesor Dato Dr Mohd Fakhrudin bin Abdul Mukti. Beliau telah menyampaikan tajuk Menelusuri Pemikiran Ulama Nusantara dan Sumbangan Mereka Kepada Keharmonian Masyarakat Setempat.

    Terdapat lebih daripada 100 kertas kerja telah dibentangkan di seminar ICON IMAD pada tahun ini. Seminar ICON IMAD XIII 2024 diakhiri dengan pengisytiharan tuan rumah bagi ICON IMAD XIIII 2025.

    Oleh itu, penganjuran ICON IMAD untuk tahun 2025 telah diserahkan kepada UNISSA. Penyerahan tersebut disempurnakan oleh Dekan, Fakulti Sains Islam PSU, Penolong Profesor Dr Muhammad Roflee Waehama dan diterima oleh Dato Seri Setia Dr Haji Norarfan.

    Gambar ramai rombongan UNISSA ke Thailand. – GAMBAR SERAHAN UNISSA

    Wakil-wakil pembentang bergambar ramai semasa seminar tersebut. – GAMBAR SERAHAN UNISSA

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda