Friday, January 17, 2025
29.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Uqasha geram kes ibu campak anak damit

    Dalam tempoh lapan bulan bergelar ibu, pelakon Uqasha Senrose mengakui banyak perkara berubah terutama membabitkan rutin harian sehingga perlu menyesuaikan diri.

    Bagaimanapun, isteri kepada pelakon Kamal Adli itu berkata, dia gembira dengan kehidupannya, selain menganggap kelahiran cahaya mata perempuan, Harwa Uqaira sebagai pelengkap hidup.

    “Saya gembira dengan setiap momen bila bergelar ibu. Sejujurnya, ada ketika saya merindukan kehidupan dahulu di mana saya boleh tidur sesuka hati, menonton filem bila-bila masa dan tak perlu fikir untuk tidur awal.

    “Namun, saya bersyukur sangat dengan pemberian Allah bila lihat anak makin membesar.

    “Perasaan ini sukar nak digambarkan, tapi hati ini gembira. Bila habis kerja, saya ada motivasi untuk pulang ke rumah dan berjumpa dengan anak,” katanya kepada BH Online.

    Uqasha tak sanggup serahkan anaknya dijaga pengasuh. – Vocket

    Sejak bergelar ibu, Uqasha atau nama sebenar, Nik Zaris Uqasha Nik Sen, berkata dia lebih tersentuh apabila membaca berita mengenai penderaan anak damit, malah sama sekali tidak terfikir untuk menyerahkan anak untuk dijaga pengasuh.

    “Saya ada terbaca berita mengenai ibu sanggup campak anak kerana tak tahan dengar tangisan. Alhamdulillah, saya tidak mengalami situasi seperti itu.

    “Bila sudah bergelar ibu, saya tak boleh mendengar atau melihat kisah anak kecil didera.

    Saya jadi geram. Sampai hati mereka sanggup membaling anak kecil. Hati saya memang mudah tersentuh,” katanya.

    Uqasha berkata, sebagai ibu, dia perlu sentiasa menjaga emosi dengan mendekatkan diri kepada Allah.

    “Sebagai ibu, kita kena bijak mengawal emosi dan perbanyakkan Istighfar. Sebagai seorang Muslim, jika ada terdengar bisikan syaitan ingat semula bahawa anak kita sendiri yang lahirkan,” katanya. – Agensi

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda