Sunday, May 5, 2024
29.6 C
Brunei

    -

    VAR kunci kemenangan West Ham

    LONDON, 25 OKT – Satu gol di setiap penghujung babak daripada Kurt Zouma dan Said Benrahma sudah cukup memberikan West Ham kemenangan 2-0 ke atas Bournemouth dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL), kelmarin.

    Bagaimanapun, gol pertama Zouma sejak November 2021 dan penalti masa kecederaan Benrahma dipalit kontroversi.

    Gol Zouma dibenarkan oleh tinjauan VAR walaupun jelas bola terkena tangan pertahanan Hammers, Thilo Kehrer, manakala Benrahma menyempurnakan penalti selepas VAR mendapati bola terkena pemain gantian Bournemouth, Jordan Zemura.

    Ia adalah kemenangan kelima berturut-turut West Ham dalam semua pertandingan di Stadium London, dan mereka kini melonjak ke tangga ke-10 EPL buat pertama kali musim ini.

    Pengendali sementara Bourne-mouth, Gary O’Neil berang dengan keputusan pengadil.

    Aksi Kurt Zouma (kanan), menjaringkan gol semasa perlawanan antara West Ham United dan Bournemouth di Stadium London, baru-baru ini. – AP

    “Ia terkena tangan, itu adalah fakta. Dia tidak berniat memainkan bola. Jelas terkena tangan. Tangannya bergerak ke arah bola.”

    Bekas pemain tengah West Ham itu, yang mengambil alih pasukan selepas Scott Parker dipecat penghujung Ogos lalu, dilayangkan kad kuning kerana membantah keputusan pengadil.

    “Saya tidak terkejut kerana ia semakin mengarut. Sejak saya di sini, ada 10 ulang tayang VAR dan satu pun tidak berpihak kepada kami.”

    Ketika permainan hampir tamat, hantaran lintang Vladimir Coufal terkena tangan Zemura ketika dia cuba menghalangnya.

    Pengadil David Coote merujuk kepada VAR dan memberikan penalti yang kemudian disempurnakan oleh Benrahma.

    “Persembahan kami semakin baik tetapi masih banyak peluang tidak dimanfaatkan. Saya belum melihat gol pertama atau penalti itu lagi.

    “Saya rasa persembahan kami lebih penting berbanding jaringan berkenaan,” kata pengendali West Ham, David Moyes. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gara-gara pelancong ‘biadab’, pemandangan Gunung Fuji disekat

    FUJIKAWAGUCHIKO, JEPUN, 3 MEI - Kerja-kerja telah dimulakan di sebuah pekan kecil Jepun untuk membina sekatan yang menghalang pemandangan pa-ling terkenal di negara itu,...