Friday, April 26, 2024
29.2 C
Brunei

    -

    Canselor Jerman ikrar bantu bina semula Ukraine

    BERLIN, 25 OKT – Canselor Jerman Olaf Scholz pada Isnin berikrar untuk menyalurkan bantuan membina semula Ukraine termasuk bantuan untuk pertanian, kesihatan dan pemulihan rangkaian tenaga negara, lapor Xinhua.

    “Bersama-sama dengan rakan kongsi, kami akan membantu Ukraine selagi mana perlu,” kata Scholz pada pembukaan Forum Perniagaan Jerman-Ukraine di Berlin. Pembinaan semula Ukraine dijangka menelan belanja AS$349 bilion, menurut analisis dikeluarkan Bank Dunia, Kesatuan Eropah (EU) dan kerajaan Ukraine pada bulan lalu.

    Anggaran berkenaan bersamaan dengan satu setengah kali ganda nilai Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Ukraine sebelum tercetusnya konflik dengan Rusia.

    Dana pemulihan dan pembinaan semula adalah besar dan dijangka terus meningkat,” kata Presiden Bank Dunia David Malpass awal bulan ini. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...