Saturday, May 4, 2024
25.1 C
Brunei

    -

    Vettel tuduh ketua F1 perlekeh pemandu wanita

    SPA-FRANCORCHAMPS, BELGIUM, 26 OGOS – Sebastian Vettel menuduh ketua Formula Satu, Stefano Domenicali tidak bertimbang rasa kerana menggunakan bahasa yang tidak sesuai apabila dia mengatakan pemandu wanita mempunyai peluang tipis dalam sukan tersebut.

    Pelumba Aston Martin yang bakal bersara dan juara dunia empat kali itu menjelaskan kepada wartawan di Grand Prix Belgium bahawa bekas ketua Ferrari itu telah menggunakan “bahasa yang tidak sesuai.”

    Domencali memberitahu wartawan pada Rabu “Secara realistiknya, saya tidak nampak pemandu wanita berminat dalam sukan F1 pada 5 tahun akan datang.”

    Kata-katanya kurang disenangi menurut Vettel, meskipun Domenicali menjelaskan bahawa F1 berusaha untuk membuat inisiatif yang lebih besar dan meluas. F1 sedang mempromosikan Siri W untuk pemandu wanita sahaja dengan mengadakan perlumbaan di grand prix pada musim ini.

    “Kami percaya bahawa kami dapat memberi peluang kepada pemandu wanita untuk berada di tahap yang sama dengan pemandu lelaki, mereka perlulah sama usia apabila mereka mula bertarung di litar perlumbaan,” jelas Domenicali.

    Vettel mengenali Domenicali semenjak hari pertamanya bersama pasukan Ferrari dan dia berkata pilihan bahasa yang digunakannya boleh melenyapkan impian pemandu wanita.

    Pemandu Jerman berusia 35 tahun itu menjelaskan dia akan memilih untuk memotivasikan pemandu wanita bagi mengejar impian mereka berbanding melemahkan semangat mereka.

    Hanya dua pemandu wanita, kedua-duanya dari Itali, pernah memulakan grand prix Kejohanan Dunia F1. – AFP

    Pemandu Aston Martin, Sebastian Vettel semasa sidang media Grand Prix Formula Satu. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gara-gara pelancong ‘biadab’, pemandangan Gunung Fuji disekat

    FUJIKAWAGUCHIKO, JEPUN, 3 MEI - Kerja-kerja telah dimulakan di sebuah pekan kecil Jepun untuk membina sekatan yang menghalang pemandangan pa-ling terkenal di negara itu,...