Saturday, April 27, 2024
24.4 C
Brunei

    -

    ‘Simpati? Maaf, saya tak perlukan itu’

    Pelakon dan penyanyi, Janna Nick menolak dakwaan segelintir warganet yang menganggap, dia hanya mahu menagih simpati apabila membuat pengakuan menghidap bipolar.

    Janna atau nama sebenarnya Nurul Jannah Muner berkata, dia tidak pernah terfikir untuk meraih simpati atau belas kasihan ramai, apatah lagi sudah menghidap penyakit itu lebih 10 tahun lalu.

    “Setiap hantaran atau kandungan yang dimuat naik di media sosial mengenai penyakit yang saya hadapi, langsung tiada kena mengena atau bertujuan mahu meraih simpati orang.

    “Kalau betul mahu meraih simpati, dari dahulu lagi saya sudah lakukan seperti berkongsi perjalanan kehidupan saya sejak kecil sampai hari ini,” jelasnya yang ditemui ketika tayangan perdana filem Juang, baru-baru ini. Penyanyi lagu Gatal itu menjelaskan, dia membuat perkongsian mengenai penyakit tersebut kerana mahu memberi kesedaran kepada insan senasib agar tidak rasa sendirian atau tersisih ketika berdepan ujian hidup.

    “Saya tahu ramai yang senasib dengan saya, tetapi mereka malu untuk mengakuinya.

    “Menerusi perkongsian yang dimuat naik, saya mahu mereka tahu mereka tidak sunyi atau sendirian menanggung derita,” katanya. Berkongsi keadaan kesihatan dan rawatan yang dijalaninya, Janna berkata, dia sudah berhenti mengambil ubat anti murung disebabkan urusan kerja.

    “Saya cuma ambil ubat selama dua bulan pada pertengahan tahun lalu kerana ketika itu, saya sangat memerlukannya. Saya berhenti selepas tidak tahan dengan dos yang terlalu tinggi hingga mengganggu jadual kerja seni, selain mendatangkan pelbagai kesan terhadap diri.

    “Selepas berbincang dengan doktor, dia setuju dan membenarkan saya berhenti makan pil tersebut. Saya kini hanya mengambil ubat-ubatan biasa sahaja,” katanya. – Agensi

    Janna Nick menolak dakwaan segelintir warganet yang menganggap, dia hanya mahu menagih simpati apabila membuat pengakuan menghidap bipolar. – Agensi
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...