Sunday, May 5, 2024
22.5 C
Brunei

    -

    Warga asing ditahan disyaki intip untuk Rusia

    WARSAW, POLAND, 27 MAC – Pendakwa raya di utara Poland hari ini berkata seorang warga asing yang disyaki mengintip untuk Rusia akan kekal dalam tahanan selama tiga bulan sehingga siasatan selesai.

    Pendakwa raya di Gdansk yang bertanggungjawab dalam hal ketenteraan berkata warga asing itu, yang identitinya belum didedahkan, mengaku telah memberikan maklumat sensitif kepada perisikan Rusia.

    Suspek berada di Poland sejak Januari dan telah mengumpul maklumat mengenai infrastruktur utama dan prosedur keselamatan di utara negara itu, kata jurucakap Grazyna Wawryniuk.

    Mahkamah membenarkan permohonan pendakwaan untuk menahan suspek selama tiga bulan bagi membantu penyiasat. Suspek berdepan hukuman penjara sehingga 10 tahun jika sabit kesalahan.

    Ini adalah yang terbaru dalam beberapa tangkapan individu yang disyaki mengintip untuk Rusia sejak pencerobohan Moscow pada 24 Februari 2022 ke atas Ukraine.

    Poland kekal sebagai penyokong tegar Kyiv.

    Awal bulan ini, pihak berkuasa Poland menahan sembilan orang yang disyaki menjadi sindiket kumpulan pengintipan Rusia yang menyediakan tindakan sabotaj.

    Sementara itu, seorang wartawan Sepanyol yang juga mempunyai pasport Rusia telah ditahan selama lebih setahun atas dakwaan pengintipan. – AP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gara-gara pelancong ‘biadab’, pemandangan Gunung Fuji disekat

    FUJIKAWAGUCHIKO, JEPUN, 3 MEI - Kerja-kerja telah dimulakan di sebuah pekan kecil Jepun untuk membina sekatan yang menghalang pemandangan pa-ling terkenal di negara itu,...