Saturday, May 18, 2024
25.5 C
Brunei

    -

    Wilayah utara Thailand lapor paras pencemaran udara tidak sihat

    BANGKOK, 27 MAC – Pencemaran udara terus melanda wilayah utara Thailand, dengan pencemaran udara di beberapa wilayah mencapai tahap tidak sihat, laporan kerajaan menunjukkan hari ini.

    Jabatan Kawalan Pencemaran (PCD) melaporkan bahawa kualiti udara di kebanyakan 17 wilayah utara negara mencapai paras tidak selamat, dengan PM 2.5 melonjak kepada 561 mikrogram setiap meter padu di beberapa kawasan di wilayah Chiang Rai, 11 kali lebih tinggi daripada had selamat 50 mikrogram.

    Penduduk di wilayah Chiang Rai, Mae Hong Son, Nan dan Chiang Mai dinasihatkan supaya berhati-hati pada minggu ini, kata pegawai PCD Sakda Tridech hari ini.

    Kerajaan Thailand mengaitkan pencemaran udara yang teruk itu daripada asap kebakaran hutan dan pembakaran pertanian.

    Imej-imej satelit dari Agensi Geo-Informatik dan Pembangunan Angkasa Thailand menunjukkan 5,572 titik api dilaporkan kelmarin di negara itu, tertinggi dalam tempoh lima tahun. – Xinhua

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    7 maut dalam banjir kilat di Iran

    TEHRAN, 17 Mei – Sekurang-kurangnya tujuh orang maut dalam banjir kilat susulan hujan lebat di bandar Mashhad di timur laut Iran, lapor agensi berita...