Thursday, May 2, 2024
23.9 C
Brunei

    -

    Wartawan Myanmar dipenjara 3 tahun

    BANGKOK, 16 SEPT – Sebuah mahkamah di Myanmar yang diperintah tentera telah menjatuhkan hukuman penjara tiga tahun dengan kerja buruh terhadap seorang wartawan bebas yang berkaitan dengan penyiar antarabangsa BBC selepas dia didapati bersalah menghasut, seorang pegawai perundangan berkata.

    Htet Htet Khine, yang merupakan penyampai program dinamakan Khan Sar Kyi (Feel It) bagi BBC Media Action, masih berdepan dakwaan tambahan bagi unlawful association di mana dia boleh dijatuhi hukuman penjara tiga tahun.

    Program dokumentari itu, yang dikendalikannya dari 2016 hingga 2020, menunjukkan masalah-masalah penduduk di seluruh negara disebabkan bertahun-tahun pergolakan dan konflik.

    Sejak merampas kuasa pada Februari tahun lalu dengan menyingkirkan kerajaan Aung San Suu Kyi yang dilantik, kerajaan tentera telah bertindak keras terhadap kebebasan media.

    Ia telah memaksa sekurang-kurangnya 11 cawangan media ditutup dan menahan kira-kira 142 wartawan, 57 daripadanya masih dalam tahanan menanti pendakwaan atau perbicaraan.

    Beberapa media tertutup terus beroperasi tanpa lesen, menerbitkan secara dalam talian sementara kakitangan mereka mengelak tangkapan. – AP

     

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Bangladesh catat suhu paling panas bulan April

    DHAKA, 1 MEI - Biro cuaca Bangladesh berkata hari ini bahawa bulan lalu merupakan bulan paling panas dalam rekod, dengan negara Asia Selatan dan...