Sunday, May 5, 2024
29.6 C
Brunei

    -

    Xi: China, Mesir kongsi wawasan sama

    BEIJING, 6 FEB – China dan Mesir ‘berkongsi wawasan dan strategi sama dalam mempertahankan kepentingan mereka sendiri’, kata pemimpin China, Xi Jinping kelmarin dalam mesyuarat bersama Presiden Mesir, Abdel Fattah el-Sissi.

    Pemimpin Mesir itu adalah salah seorang daripada puluhan ketua negara yang bertemu dengan Xi selepas menghadiri pembukaan Sukan Olimpik Musim Sejuk Beijing, mencari perhubungan rapat dengan China.

    Xi ‘memuji kepercayaan politik yang ditingkatkan’ antara negara-negara, memetik kerjasama dalam memerangi pandemik.

    Rakan kongsi strategik komprehensif mereka adalah model ‘perpaduan sedunia China-Arab, China-Afrika yang dibangunkan China,” kata Xi, menurut CGTN, cawangan penyiaran awam antarabangsa CCTV.

    “China dan Mesir berkongsi wawasan dan strategi sama dalam mempertahankan kepentingan mereka, memburu pembangunan sama, mempertingkatkan kesejahteraan rakyat dan mempromosi keadilan dan kesamarataan di dunia, ketika dunia menjalani perubahan yang tidak pernah dilihat dalam satu abad,” kata Xi.

    Kedua-dua belah pihak akan “terus menyokong antara satu sama lain berkaitan isu-isu dengan kepentingan teras dan kebimbangan utama,” katanya.

    Juga kelmarin, Xi bertemu dengan ketua-ketua dari Kazakhstan, Turkmenistan, Serbia, Ecuador dan Qatar. Para pemimpin Argentina dan Poland juga antara mereka yang berada di sana.

    Xi juga bertemu dengan Setiausaha Agung PBB, Antonio Guterres, yang menyatakan harapan untuk kerjasama rapat ke atas ‘keamanan dan keselamatan, pembangunan mapan termasuk perubahan iklim dan biodiversiti serta hak asasi kemanusiaan,” kata jurucakap timbalan PBB, Farhan Haq. – AP

    Presiden Xi Jinpng bertemu Presiden Mesir, Abdel Fattah el-Sisi di Great Hall of the People di Beijing pada 5 Februari. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gara-gara pelancong ‘biadab’, pemandangan Gunung Fuji disekat

    FUJIKAWAGUCHIKO, JEPUN, 3 MEI - Kerja-kerja telah dimulakan di sebuah pekan kecil Jepun untuk membina sekatan yang menghalang pemandangan pa-ling terkenal di negara itu,...