Oleh Syahmi Hassan
BANDAR SERI BEGAWAN, 16 Ogos – Laman sesawang dan aplikasi mudah alih rasmi serta akaun-akaun media sosial termasuk Hashtag rasmi bagi Sambutan Jubli Emas Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Menaiki Takhta kini boleh diakses dan dilayari mulai hari ini.
Jawatankuasa Media, Publisiti, Pameran dan Percetakan semasa memaklumkan perkara berkenaan menjelaskan, penubuhan laman sesawang www.HMjubliemas.gov.bn dan aplikasi mudah alih HMjubliemas bertujuan untuk menyalurkan informasi termasuk berita terkini mengenai Sambutan Jubli Emas Kebawah Duli Yang Maha Mulia Menaiki Takhta.
Di samping itu, laman sesawang dan aplikasi mudah alih tersebut juga mengandungi pelbagai informasi termasuk kalendar acara, poster dan penerbitan-penerbitan sempena Sambutan Jubli Emas, yang mana informasi-informasi berkenaan akan dikemas kini dari semasa ke semasa.
Ikuti berita lanjut dalam Media Permata