Tuesday, May 21, 2024
23.8 C
Brunei

    -

    11 perantis timba ilmu, latihan amali

    Oleh Sim Y. H. –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 9 MEI – Bank Baiduri mengalu-alukan kumpulan keempat perantis bagi Program Perantisan Graduan (GAP) pada majlis yang berlangsung di Atrium, Ibu Pejabat Bank Baiduri kelmarin.

    Menurut kenyataan Bank Baiduri, selepas proses pemilihan yang ketat melibatkan lebih 400 pemohon termasuk penilaian psikometrik dan temu bual, bank berkenaan telah memilih 11 orang perantis yang akan memulakan program enam bulan mereka pada 13 Mei.

    Hadir semasa majlis berkenaan ialah Ketua Pegawai Eksekutif Bank Baiduri, Ti Eng Hui dan Ketua Pentadbiran dan Sumber Manusia Kumpulan, Veronica Chong serta jawatankuasa pengurusan bank yang lain, ketua-ketua jabatan serta keluarga para perantis.

    GAP merupakan inisiatif pembangunan dan pembelajaran komprehensif Bank Baiduri bermatlamat untuk menghubungkan jurang antara akademia dan industri. Ia menyediakan peluang bagi graduan baharu untuk mendapatkan ilmu pengetahuan relevan, kemahiran praktikal serta pengalaman sambil bekerja bagi meningkatkan kebolehkerjaan mereka dalam pasaran pekerjaan tempatan.

    Program itu merangkumi dua komponen utama iaitu pembelajaran bilik darjah dan pembelajaran amali menerusi penempatan kerja serta tugasan projek dalam Bank Baiduri.

    Program berkenaan telah mengalu-alukan seramai 48 orang perantis, dengan kira-kira 70 peratus daripada mereka telah diambil bekerja oleh Kumpulan Bank Baiduri dalam pelbagai jabatan seperti Perbankan Korporat, Bahagian Perbankan Runcit, Baiduri Finance dan Sumber Manusia Kumpulan.

    Ti Eng Hui bergambar ramai dengan para perantis yang terpilih di Atrium, Ibu Pejabat Bank Baiduri, baru-baru ini. – GAMBAR SERAHAN BANK BAIDURI
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    India mengundi dalam pilihan raya fasa kelima

    AYODHYA, 20 MEI - Berjuta-juta orang India di 49 kawasan pilihan raya mula membuang undi pada hari ini ketika pilihan raya selama enam minggu...