Monday, May 20, 2024
25.6 C
Brunei

    -

    2 lagi syarikat dibenarkan kendali pakej umrah bagi 2024

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 19 MAC – Dua lagi syarikat pelancongan telah diberi kebenaran untuk mengendalikan perkhidmatan Pakej Umrah menggunakan Visa Pelancong Arab Saudi bagi tahun 2024 Masihi iaitu Maduli Agency Travel Sdn Bhd dan Hayya Travel and Tours Sdn Bhd.

    Kenyataan daripada Kementerian Hal Ehwal Ugama melalui Jabatan Urusan Haji memaklumkan bahawa dengan kebenaran itu, maka kini ada 26 buah syarikat pelancongan yang diberikan kebenaran untuk mengendalikan perkhidmatan pakej umrah tersebut bagi tahun 2024.

    Gambar Freepik

    Syarikat-syarikat berkenaan adalah Darussalam Services Sdn Bhd (DSSB), Straits Central Agencies (B) Sdn Bhd (SCA), Raudah Al-Amin Sdn Bhd (RAA), Continental Yachting Sdn. Bhd, At-Taqwa Travel Tours Sdn Bhd, Titian Travel & Tours Sdn Bhd, Dar El-Ehsan Travel & Tours Sdn Bhd, Al-Hijrah Travel & Tours Sdn Bhd, Al-Abraj Travel & Tours Sdn Bhd, Al-Baraka Travel Services Sdn Bhd, Aleiya Voyages Sdn Bhd, Al-Hajat Tours & Travels Agency Sdn Bhd, Al-Haramain Bil Iman Travel & Tours Sdn Bhd, A Safa Travel & Tours Sdn Bhd, Balurih Travel Sdn Bhd, Humaira Travel Centre (Borneo) Sdn Bhd, JB Travel Agencies Sdn Bhd, Lamisa International Tours & Travels Sdn Bhd,  Mustaqim Travel & Tours Sdn Bhd, PGGMB Travel Services Sdn Bhd, Qamaroon Tours Sdn Bhd, Al-Miqat Travel & Tours Sdn Bhd, Humzaik Travel & Tours Sdn Bhd, El-Abqari Travel & Tours Sdn Bhd dan terkini Maduli Agency Travel Sdn Bhd dan Hayya Travel & Tours Sdn Bhd.

    Sehubungan dengan itu, orang ramai yang berhasrat untuk menunaikan ibadat umrah bolehlah mengikuti dan berhubung terus dengan syarikat-syarikat yang dibenarkan tersebut.

     

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    India mengundi dalam pilihan raya fasa kelima

    AYODHYA, 20 MEI - Berjuta-juta orang India di 49 kawasan pilihan raya mula membuang undi pada hari ini ketika pilihan raya selama enam minggu...