Thursday, May 9, 2024
24.9 C
Brunei

    -

    Kes rompak: Warga asing dipenjara, sebat

    Mahkamah Tinggi baru-baru ini menjatuhkan hukuman penjara 12 tahun dengan 12 sebatan terhadap seorang lelaki warga Malaysia berusia 26 tahun kerana terlibat dalam rompakan kumpulan bersenjata.

                Pesuruhjaya Kehakiman Muhammed Faisal bin Pehin Datu Juragan Laila Diraja Kolonel (B) Dato Seri Pahlawan Haji Kefli menjatuhkan hukuman tersebut ke atas Muhammad Amin bin Zabidi pada 14 Mac lalu, selepas dia menukar pengakuan kepada bersalah daripada menafikan pertuduhan melakukan rompakan berkumpulan bersenjata pada 14 September 2023 melibatkan seorang warga Malaysia, Mohd Saiful Rizal bin Sinen dan dua yang lain.

                Mohd Saiful Rizal dan rakan sejenayah warga Indonesia, Sakriadi bin Saharuddin telah dihadapkan oleh mahkamah sebelum ini atas peranan mereka dalam jenayah itu.

    Ikuti berita lanjut di Media Permata keluaran Rabu.

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Syarikat roti Jepun tarik balik produk berhubung penemuan badan tikus

    TOKYO, 9 MEI - Pengeluar roti dari Jepun, Pasco Shikishima Corp pada Rabu secara sukarela menarik balik kira-kira 104,000 paket jenama roti Chojuku selepas...