Monday, May 20, 2024
25.6 C
Brunei

    -

    3 maut, 200 rumah di Perryton dikhuatiri musnah akibat puting beliung

    HOUSTON, 16 JUN – Tiga orang terbunuh manakala berpuluh-puluh lagi cedera selepas beberapa kejadian puting beliung melanda Perryton, sebuah bandar kecil di Texas, Amerika Syarikat (AS), kata pihak berkuasa tempatan.

              Seorang maut dilaporkan maut di penempatan rumah mudah alih yang terjejas akibat puting beliung itu, kata Ketua Bomba Perryton Paul Dutcher kepada media.

              Dua lagi kematian dilaporkan di daerah perniagaan di pusat bandar.

              Beliau berkata puting beliung melanda kawasan sepanjang 1 hingga 1.5 batu (kira-kira 1.6 hingga 2.4 km) dan mungkin memusnahkan kira-kira 200 rumah di seluruh bandar.

              Setakat malam Khamis beberapa mangsa telah dilaporkan hilang, katanya.

              Ketua Pegawai Eksekutif sementara Hospital Ochiltree di Perryton, Kelly Judice, berkata hospital itu menerima 50 hingga 100 pesakit dengan kira-kira 10 daripada mereka dalam keadaan kritikal yang kemudiannya dipindahkan ke hospital lain, menurut Xinhua.

              Sementara itu, Syarikat Elektrik Xcel Energy berkata Perryton terputus bekalan elektrik selepas puting beliung selepas kemudahan itu dinyahtenagakan untuk tujuan keselamatan.

              “Bandar itu membuka pusat perlindungan kecemasan di gim dan menggunakan sumber tindak balas kecemasan untuk “memenuhi keperluan keselamatan nyawa yang mendesak,” kata pejabat Gabenor Texas Greg Abbott dalam kenyataan media.

              Mengikut banci AS 2020, terdapat kira-kira 8,500 orang tinggal di Perryton, yang terletak di utara Texas berhampiran sempadan Oklahoma. – Bernama    

    Bangunan dan kenderaan musnah selepas puting beliung melanda Perryton, Texas, pada 15 Jun. – AP

     

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    India mengundi dalam pilihan raya fasa kelima

    AYODHYA, 20 MEI - Berjuta-juta orang India di 49 kawasan pilihan raya mula membuang undi pada hari ini ketika pilihan raya selama enam minggu...