Monday, May 20, 2024
24.6 C
Brunei

    -

    4 pejuang Hizbullah maut dalam serangan Israel

    BEIRUT, 9 MEI – Satu sumber keselamatan Lubnan berkata, empat anggota pejuang Hizbullah terbunuh dalam serangan Israel ke atas sebuah kenderaan di selatan negara itu, serbuan terbaharu seumpamanya dalam beberapa bulan pertempuran rentas sempadan.

    Pergerakan pejuang Hizbullah, Lubnan mula menyerang Israel bagi menyokong sekutu Hamas sehari selepas serangan kumpulan pejuang Palestin yang tidak pernah berlaku sebelum ini pada 7 Oktober ke atas Israel yang mencetuskan perang di Semenanjung Gaza.

    Sumber keselamatan Lubnan, yang tidak mahu namanya disiarkan kerana mereka tidak diberi kuasa untuk bercakap kepada media, berkata bahawa “empat pejuang Hizbullah terbunuh dalam serangan dron Israel ke atas kenderaan mereka di Bafliyeh”, kira-kira 15 kilometer dari sempadan.

    Tentera Israel memberitahu AFP, “Kami tidak mengulas mengenai laporan dalam media asing.”

    Pertahanan awam Lubnan melaporkan empat mati syahid dalam serangan udara Israel di jalan utama di Bafliyeh, sambil menambah bahawa pasukan bekerja untuk memadamkan kebakaran yang tercetus di dalam kenderaan itu.

    Agensi Berita Kebangsaan rasmi Lubnan melaporkan kira-kira seorang maut dalam serangan di jalan yang sama, dikaitkan dengan ‘pesawat musuh’.

    Pejuang Hizbullah tidak segera mengulas mengenai kejadian itu. – AFP

    Orang awam lalu di hadapan sebuah rumah yang musnah akibat serangan udara Israel, di kampung Hanine, selatan Lubnan pada 25 April. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    India mengundi dalam pilihan raya fasa kelima

    AYODHYA, 20 MEI - Berjuta-juta orang India di 49 kawasan pilihan raya mula membuang undi pada hari ini ketika pilihan raya selama enam minggu...