Tuesday, May 21, 2024
24.6 C
Brunei

    -

    Pegawai kanan Parti Kongres India letak jawatan kerana kenyataan rasis

    NEW DELHI, 9 MEI – Seorang pegawai kanan Parti Kongres India meletak jawatan selepas beliau membuat kenyataan membandingkan penduduk di timur negara itu dengan orang Cina dan selatan India dengan orang Afrika.

    Sam Pitroda, yang rapat dengan pemimpin terkemuka Kongres, Rahul Gandhi mengeluarkan kenyataan kontroversi itu dalam usahanya memuji demokrasi dan kepelbagaian India. Namun, kenyataannya dianggap sebagai satu kesilapan besar ketika pilihan raya umum sedang berlangsung.

    “Kami dapat menyatukan negara yang beraneka ragam seperti India, iaitu penduduk di timur kelihatan seperti orang Cina, di barat kelihatan seperti orang Arab, di utara mungkin seperti orang kulit putih dan di selatan kelihatan seperti orang Afrika. Itu tidak penting.

    Kita semua adalah bersaudara,” kata Pitroda dalam temu bual dengan akhbar The Statesman.

    Parti Bharatiya Janata (BJP) yang memerintah, mengkritik kata-katanya sebagai tidak menghormati dan sesetengah pihak melihatnya sebagai perkauman. – Bernama

    Pemimpin parti Kongres Kebangsaan India, Rahul Gandhi bercakap semasa perhimpunan di Pune pada 3 Mei lalu. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    India mengundi dalam pilihan raya fasa kelima

    AYODHYA, 20 MEI - Berjuta-juta orang India di 49 kawasan pilihan raya mula membuang undi pada hari ini ketika pilihan raya selama enam minggu...