Saturday, May 4, 2024
25.1 C
Brunei

    -

    7 kumpulan sertai Festival Teater

    Oleh Ak Zaki Kasharan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 9 DIS – Festival Teater Kebangsaan Brunei (NTFB) ke-2 yang disokong oleh Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS) dan Bank Baiduri sebagai rakan kongsi acara telah dibuka secara rasmi hari ini di Pusat Kesenian Pro-Canselor, Universiti Brunei Darussalam (UBD) dan akan berlangsung selama seminggu.

    Hadir selaku tetamu kehormat majlis dan seterusnya menyaksikan persembahan teater ialah Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Nazmi bin Haji Mohamad.

    Turut hadir ialah Ketua Pegawai Eksekutif Bank Baiduri, Ti Eng Hui dan Naib Canselor UBD, Dr Hazri bin Haji Kifle.

    Acara yang dianjurkan bersempena dengan Festival Disember Brunei ke-6 tersebut membawa tema The Bruneian’s Heart dengan menyatukan persembahan pentas daripada penghibur dan artis di negara ini. Ia dikelolakan bersama kumpulan teater tempatan iaitu 247 Studios bersama AICREATIVV, Medley House Productions, The Creative Core BN sebagai rakan kreatif dan Think Axis sebagai rakan strategik.

    Festival berkenaan melibatkan aktiviti teater termasuk forum dan dialog, bengkel dan persembahan-persembahan.

    Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Nazmi menyampaikan cenderamata kepada Ti Eng Hui semasa majlis berkenaan.
    Antara pertunjukan teater yang dipersembahkan semasa majlis berkenaan.

    Pengasas Bersama NTFB, Awang Mohd Syazni bin Haji Abu Bakar dalam ucapan alu-aluannya menjelaskan bahawa kerjasama dan sokongan yang ditunjukkan dalam menjayakan festival pada kali ini telah menggambarkan identiti masyarakat, bertepatan dengan tema pada tahun ini iaitu The Bruneian’s Heart.”

    Pada tahun ini, jelasnya lagi, tujuh kumpulan teater turut menyertai festival berkenaan termasuklah 247 Studios, Bruhaha Comedy, Kumpulan PUTRA Seni, Medley House Productions, Lakap Lagor Entertainment, Rakis UBD dan Sutera Memento.

    Majlis perasmian turut diisikan dengan penyampaian cenderamata penghargaan kepada para rakan kongsi festival yang disempurnakan oleh tetamu kehormat majlis.

    Setiap kumpulan diberikan masa selama 50 minit membuat persembahan pada hujung minggu sama ada dalam bahasa Melayu atau Inggeris.

    Ketua Pegawai Eksekutif Baiduri menjelaskan bahawa sokongan mereka terhadap kesenian kreatif tempatan menggambarkan komitmen Baiduri untuk berhubung dan memberi kembali kepada masyarakat.

    Mereka juga sepenuhnya percaya bahawa seni memainkan peranan yang cukup penting dalam memperkasakan kehidupan dan mengukuhkan ikatan sesama masyarakat.

    Orang ramai adalah dialu-alukan hadir bagi mengikuti forum dan melihat persembahan yang berlangsung di Pusat Kesenian Pro-Cancelor UBD sehingga 11 Disember depan di mana orang ramai bolehlah mendapatkan tiket masuk bagi menyaksikan persembahan yang disediakan dengan melayari laman sesawang NTFB atau boleh mendapatkannya di pintu masuk pusat kesenian tersebut.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gara-gara pelancong ‘biadab’, pemandangan Gunung Fuji disekat

    FUJIKAWAGUCHIKO, JEPUN, 3 MEI - Kerja-kerja telah dimulakan di sebuah pekan kecil Jepun untuk membina sekatan yang menghalang pemandangan pa-ling terkenal di negara itu,...