Sunday, May 5, 2024
29 C
Brunei

    -

    7 maut gempa di Sumatera, M’sia dan S’pura rasai gegaran

    JAKARTA/KUALA LUMPUR, 25 FEB – Sekurang-kurangnya tujuh orang maut dan 85 lagi cedera selepas gempa bumi melanda beberapa kawasan di Sumatera Barat hari ini, menurut Lembaga Pengurusan Bencana Nasional Indonesia (BNPB).

    Jurucakap BNPB, Abdul Muhari berkata lebih 5,000 orang telah ditempatkan di 35 pusat pemindahan di daerah Pasaman Barat.

    Operasi mencari dan menyelamat membabitkan anggota penyelamat, tentera dan polis masih diteruskan di kawasan terjejas, katanya dalam satu kenyataan.

    Gempa bumi kuat berukuran 6.2 pada skala Richter memusnahkan berpuluh-puluh bangunan dan lebih 1,000 rumah rosak teruk.

    Dalam pada itu, beberapa bahagian di pantai barat Semenanjung Malaysia turut merasai kesan gegaran gempa bumi tersebut, menyebabkan ramai petugas dan penghuni di bangunan tinggi diarah mengosongkan bangunan. 

    Orang ramai memeriksa kerosakan sebuah masjid susulan gempa bumi di Pasaman, Sumatera Barat, Indonesia, 25 Februari. Gempa bumi kuat dan cetek di pesisir pulau Sumatera itu mencetuskan panic di Sumatera dan negara jiran, Malaysia dan Singapura. – AP

    Antara negeri dilapor merasai gegaran ialah Pahang, Putrajaya, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Selangor, Kuala Lumpur, dan Johor.

    Kejadian pada 9:39 pagi itu menyebabkan rata-rata petugas swasta dan awam serta penghuni di bangunan tinggi di negeri-negeri terlibat yang berasa bangunan beralun atau bergegar, mengambil langkah keluar untuk berkumpul di kawasan lapang, sehingga keadaan benar-benar selamat.

    Lebih 30 panggilan kecemasan bangunan susulan gegaran itu diterima oleh pasukan Bomba dan Penyelamat di sekitar Lembah Klang, melibatkan antaranya kawasan Taman Miharja, Menara Glomac, Wisma BSN, Menara AmBank dan Apartment Pantai Indah di sini.

    Gegaran juga dirasakan di Singapura, menurut saksi dan polis. “Gegaran dirasakan di sebahagian tempat di Singapura pada kira-kira 9:45 pagi,” kata polis dalam satu kenyataan.

    Polis dan perkhidmatan kecemasan turut menerima beberapa panggilan daripada orang awam melaporkan gegaran,” tambah polis. – Bernama/AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Pakistan catat hujan paling tinggi pada April dalam tempoh lebih 60...

    ISLAMABAD, 5 MEI - Pakistan mengalami bulan April paling banyak menerima curahan hujan sejak 1961, iaitu dua kali ganda hujan daripada biasa untuk bulan...