Monday, May 20, 2024
24.6 C
Brunei

    -

    9 maut dalam letupan kilang bunga api di selatan India

    NEW DELHI, 10 MEI – Sekurang-kurangnya sembilan orang, termasuk enam wanita terbunuh manakala 10 lagi cedera dalam letupan sebuah kilang bunga api di negeri Tamil Nadu, selatan India, kelmarin.

    Letupan berlaku berhampiran Sivakasi di daerah Virudhunagar, kira-kira 550 km dari ibu negeri Chennai, menurut laporan media tempatan.

    Sebanyak tujuh bilik yang dipenuhi mercun musnah dalam kebakaran itu, lapor akhbar Indian Express.

    Ketua Menteri Tamil Nadu MK. Stalin mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa yang meninggal dunia dan berjanji untuk menyediakan bantuan kepada mereka. – Bernama

    Anggota bomba menyembur air selepas kebakaran di sebuah kilang bunga api berhampiran Sivakasi, kira-kira 500 kilometer (310 batu) barat daya Chennai, India, kelmarin. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    India mengundi dalam pilihan raya fasa kelima

    AYODHYA, 20 MEI - Berjuta-juta orang India di 49 kawasan pilihan raya mula membuang undi pada hari ini ketika pilihan raya selama enam minggu...