Wednesday, September 18, 2024
22.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Air sungai di Hanoi cecah paras tertinggi dalam 20 tahun

    HANOI, 11 SEPT – Penduduk Hanoi meredah air setinggi pinggang hari ini ketika paras sungai mencapai tahap tertinggi dalam 20 tahun dan jumlah korban akibat taufan terkuat dalam beberapa dekad melepasi 150 orang, dengan negara jiran turut mengalami banjir dan tanah susur yang menyebabkan kematian.

    Taufan Yagi melanda Vietnam pada hujung minggu, membawa angin melebihi 149 kilometer sejam dan hujan lebat yang turut mengakibatkan banjir besar di kawasan utara Laos, Thailand dan Myanmar.

    Sungai Merah di Hanoi mencapai paras tertinggi dalam tempoh 20 tahun hari ini, memaksa penduduk meredah air berwarna coklat setinggi pinggang untuk mengambil barang-barang dari rumah yang ditenggelami air.

    Penduduk yang lain membuat bot sementara daripada apa sahaja bahan yang mereka dapat temui.

    “Ini adalah banjir terburuk yang pernah saya saksikan,” kata Nguyen Tran Van, 41, yang telah tinggal berhampiran Sungai Merah di ibu negara Vietnam selama 15 tahun.

    “Saya tidak sangka air akan naik secepat itu. Saya berpindah kerana jika air naik sedikit lagi, ia akan menjadi sangat sukar bagi kami untuk keluar,” kata Van kepada AFP.

    Tanah susur melanda perkampungan pergunungan terpencil Lang Nu di wilayah Lao Cai, meratakannya menjadi hamparan lumpur dan batu, dipenuhi dengan serpihan dan aliran air. Media kerajaan melaporkan sekurang-kurangnya 30 orang telah terbunuh di kampung itu, dengan 65 lagi masih hilang. – AFP

    Penduduk tempatan dipindahkan dengan menaiki bot melalui air banjir di Hanoi, kelmarin. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda