Saturday, May 4, 2024
25.1 C
Brunei

    -

    Ajay Devgan akui klaustrofobia naik lif

    Aktor Ajay Devgan memang dikenali dengan watak-watak yang berat serta aksi-aksi yang cukup berani dan lasak.

    Bagaimanapun, tentu ramai yang terkejut dan tidak akan percaya apabila mengetahui bahawa suami kepada Kajol itu takut menaiki lif.

    Menerusi The Kapil Sharma Show baru-baru ini, Ajay banyak membuat pendedahan tentang dirinya dan salah satunya adalah ketakutannya untuk menaiki lif.

    Bahkan, Ajay juga akan sedaya upaya mengelakkan diri untuk menggunakan kemudahan itu serta memilih tangga.

    Ajay baru sahaja muncul dengan filem Drishyam 2 bersama Tabu juga turut membuat pengakuan mengapa dia mempunyai klaustrofobia terhadap lif.

    “Pernah dulu, saya berada di dalam lif dan ia jatuh dari tingkat tiga atau empat ke ruang bawah tanah. Saya dan lain-lain tersekat di dalam lif selama lebih dari satu setengah jam.

    “Saya mengalami klaustrofobia terhadap lif sejak itu. Saya juga sudah berhenti menaiki lif sejak itu dan saya hanya menaiki tangga, “ kongsi Ajay.

    Drishyam 2 menampilkan Ajay sekali lagi memegang watak Vijay Salgaonkar, manakala Tabu kembali sebagai Meera Deshmukh. – Agensi

    Ajay juga akan sedaya upaya mengelakkan diri untuk menggunakan kemudahan tersebut serta memilih tangga. – Agensi
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gara-gara pelancong ‘biadab’, pemandangan Gunung Fuji disekat

    FUJIKAWAGUCHIKO, JEPUN, 3 MEI - Kerja-kerja telah dimulakan di sebuah pekan kecil Jepun untuk membina sekatan yang menghalang pemandangan pa-ling terkenal di negara itu,...