Friday, May 3, 2024
24.1 C
Brunei

    -

    Chuu disingkirkan dari kumpulan LOONA

    Gara-gara bersikap kurang sopan dalam melayan kakitangan agensi BlockBerry Creative, salah seorang anggota LOONA iaitu Chuu atau Kim Ji Woo disingkirkan secara rasmi daripada kumpulan itu.

    Berita itu disahkan oleh pihak pengurusan yang turut berharap peminat dapat menerima alasan penyanyi tersebut dibuang daripada kumpulan.

    “Kami rasmi mengeluarkan Chuu dari agensi dan kumpulan LOONA atas beberapa sebab yang tidak dapat dielak lagi.

    “Banyak spekulasi yang timbul tentang perangai Chuu sepanjang menjadi penyanyi dan kami sudah memberi teguran dan amaran kepada Chuu,” katanya.

    BlockBerry Creative membuat keputusan untuk menggugurkan Chuu kerana sudah tidak tahan lagi dengan aduan buruk yang diterima mengenai sikap selebriti tersebut yang dianggap kurang ajar.

    Berikutan sikap kurang sopan Chuu atau Kim Ji Woo, dia disingkirkan secara rasmi daripada kumpulan LOONA. – Agensi

    “Kami sering menerima aduan buruk tentang Chuu ini sudah lama, cuma tidak berkesempatan untuk berbincang dan berjumpa dengan penyanyi itu.

    “Semua perbincangan yang dilakukan juga sudah mendapat kata putus dari kedua pihak sebelum perkara ini diumumkan,” katanya.

    Sementara itu, pihak pengurusan kumpulan LOONA juga memohon maaf kepada semua kakitangan agensi berkenaan yang telah tersinggung dengan sikap Chuu.

    “Kami ingin minta maaf kepada pekerja BlockBerry Creative dengan sikap kurang ajar yang diterima daripada Chuu sepanjang bekerja bersama,” katanya. – Agensi

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Jenama rempah-ratus India diperiksa atas faktor kebimbangan kesihatan

    NEW DELHI, 3 MEI - Jenama rempah-ratus India diperiksa pihak berkuasa selepas beberapa negara menghalang penjualan produk keluaran dua syarikat kerana disyaki mengandungi etilena oksida,...