Ketegasan ditunjukkan pengacara Andre Taulany yang melarang anak lelakinya iaitu Kenzy daripada mengambil minuman keras meraih pujian warganet.
Andre, 51, menjadikan kisah seorang penyanyi terkenal yang telah meninggal dunia akibat pengaruh alkohol dan dadah sebagai pengajaran kepada anaknya.
Memandangkan remaja berusia 17 tahun itu sedang belajar di sekolah antarabangsa, Andre mengetahui anaknya itu mungkin akan menghadiri parti bersama rakan-rakan.
“Ayah tahu bagaimana kamu melepak dan minum di parti. Minum alkohol tiada faedah.
“Salah satu contoh ialah idola awak, Liam Payn. Dia meninggal dunia akibat pengaruh dadah dan terjatuh dari balkoni. Awak mahu?” katanya.
Dalam pada itu, Andre menegaskan masalah pengaruh alkohol bukan hanya berlaku di sekolah antarabangsa, tetapi turut berlaku di sekolah awam.
“Saya pernah bersekolah di sekolah antarabangsa. Masalah sosial itu benar-benar di luar jangkaan.
“Bukan sekolah antarabangsa sahaja, pelajar sekolah pondok juga ramai yang bermasalah akibat tabiat minum alkohol,” katanya.
Rata-rata warganet mengagumi usaha Andre yang bertekad untuk menghalang anaknya daripada terjebak dalam tabiat berbahaya itu.