Saturday, September 28, 2024
25.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Anthropic naik taraf chatbot, cabar ChatGPT

    PARIS, 21 JUN – Firma AI Anthropic kelmarin telah menaik taraf chatbot miliknya, buat kali kedua dalam tempoh empat bulan, ketika ia berusaha mengekalkan kedudukannya sebagai pesaing utama kepada ChatGPT keluaran OpenAI.

    Firma Amerika Syarikat (AS) itu, sebahagiannya dimiliki oleh Amazon selepas pelaburan sebanyak AS$4 bilion, menyatakan peningkatan dari Claude 3 kepada Claude 3.5 akan menjadikan chatbotnya dua kali lebih pantas.

    Anthropic mendakwa chatbot miliknya digunakan oleh jutaan pengguna untuk pelbagai kegunaan, daripada pengekodan hingga perkhidmatan pelanggan.

    Ketua Reka Bentuk Produk di Anthropic, Michael Gerstenhaber, memberitahu AFP model terbaharu itu mempunyai ‘keupayaan untuk melaksanakan tugas yang sangat kompleks’.

    Beliau berkata Claude 3.5 telah meningkatkan sokongan pelanggan, penulisan kreatif dan membantu saintis data dengan pemprosesan visual berbanding versi sebelumnya.

    OpenAI mendahului pesaingnya apabila melancarkan ChatGPT pada akhir 2022, menarik perhatian umum dengan bot yang mampu menjana pelbagai teks kompleks daripada permintaan yang mudah.

    Sementara itu, Anthropic berasa bangga kerana melancarkan model mereka lebih lambat dan menetapkan lebih banyak langkah keselamatan demi mencegah penyalahgunaan. – AFP

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda