Thursday, May 2, 2024
23.9 C
Brunei

    -

    ‘Apa sahaja saya buat semua salah’

    Penyanyi sensasi, Baby Shima pelik sentiasa menerima kecaman meskipun melakukan perbuatan baik.

    Lebih membuatkan Baby Shima rasa tidak adil apabila selebriti lain berimej lebih seksi menerima pujian, dirinya pula dikecam hebat.

    “Saya perasan beberapa orang selebriti berpakaian lebih seksi, tetapi tak dikecam.

    “Saya tak pernah berbuat begitu, tetapi saya sentiasa menerima maki hamun.

    “Entahlah, apa sahaja saya buat semua salah dan tetap dikecam.

    Baby Shima tidak menafikan pernah tertekan dan sedih dengan kritikan diterima. – Agensi

    “Saya beri makan kucing pun kena kecam, jadi takkan buat benda baik tak boleh. Namun, bila saya buat persembahan ramai pula datang tengok,” katanya kepada media.

    Baby Shima atau nama sebenarnya, Nor Ashima Ramli menegaskan, dia tidak pernah rancang buat perkongsian kerana ingin menarik perhatian atau mengundang kecaman warganet dalam laman sosial.

    “Dalam media sosial, saya buat apa sahaja yang saya suka. Contohnya, saya suka menari, jadi saya menari.

    “Saya rasa menari biasa sahaja, tetapi warganet tetap kecam.

    “Jadi, bila mula dapat banyak kecaman, orang lain pun turut serta mengecam. Dari situ, saya tak pernah nak reka apa-apa hanya untuk mengundang kecaman.

    “Sebab saya hanya mahu berseronok dengan apa yang saya buat,” katanya.

    Namun, Shima tidak menafikan pernah tertekan dan sedih dengan kritikan diterima. Bagaimanapun, kini, katanya, dia menetapkan pendirian untuk terus melakukan perkara disukai.

    Bagaimanapun, Shima mengakui, dia tetap bersyukur masih menerima doa dan teguran baik dari ustaz bertauliah dan menghargai pesanan dititipkan. Penyanyi lagu Lalai itu ditemui ketika majlis tontonan dan sidang media filem baharu, Biko di GSC The Starling Mall.

    Selain Baby Shima, filem arahan Teng Bee yang akan ditayangkan pada 13 Oktober ini dibarisi pelakon Azrel Ismail, Sara Ali dan Syed Irfan.

    Shima turut menyanyikan lagu runut bunyi filem berjudul Cinta Darimu. – Agensi

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Bangladesh catat suhu paling panas bulan April

    DHAKA, 1 MEI - Biro cuaca Bangladesh berkata hari ini bahawa bulan lalu merupakan bulan paling panas dalam rekod, dengan negara Asia Selatan dan...