Friday, March 14, 2025
32.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Arsenal jumpa Real Madrid di suku akhir

    LONDON, 13 MAC – Arsenal seri 2-2 dengan PSV Eindhoven semalam untuk melengkapkan kemenangan agregat 9-3, sekali gus menetapkan pertembungan suku akhir Liga Juara-Juara menentang juara bertahan, Real Madrid.

    The Gunners membelasah juara Belanda itu 7-1 di gelanggang lawan minggu lalu, menjadikan perlawanan timbal balik di Emirates sekadar satu formaliti.

    Arsenal, yang melaku tujuh pertukaran daripada skuad yang seri 1-1 dengan Manchester United pada Ahad, memulakan aksi dengan pantas apabila Oleksandr Zinchenko membuka jaringan pada minit keenam.

    Pemain veteran Croatia, Ivan Perisic, menyamakan kedudukan dengan penyudah kemas menewaskan David Raya, tetapi Declan Rice mengembalikan kelebihan Arsenal menerusi tandukan.

    PSV, yang mahu menebus maruah selepas dimalukan minggu lalu, menyamakan kedudukan 20 minit sebelum aksi tamat menerusi gol berkualiti daripada Couhaib Driouech.

    Riccardo Calafiori melakukan percubaan menjaringkan gol tetapi gagal memanfaatkan peluang. – AFP

    Arsenal, yang belum pernah menjulang trofi Eropah, kini bakal bertemu Real Madrid, juara 15 kali, selepas pasukan kendalian Carlo Ancelotti menyingkirkan Atletico Madrid menerusi penentuan penalti selepas agregat 2-2.

    Kedua-dua pasukan hanya pernah bertemu dua kali sebelum ini, dengan Arsenal menang agregat 1-0 dalam pusingan 16 musim 2005/06.

    Pengurus Arsenal, Mikel Arteta berkata kelabnya harus meraikan kemaraan ke suku akhir dua musim berturut-turut buat kali pertama sejak 2010, ketika Arsene Wenger masih membimbing pasukan.

    “Itu menunjukkan betapa sukarnya untuk mencapainya,” kata Arteta.

    “Kita harus menghargai dan mengakui ia bukan sesuatu yang mudah.” – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda