Thursday, May 2, 2024
23.9 C
Brunei

    -

    Awang Mohd Ayob johan pertandingan azan

    Oleh Lyna Mohamad

    BANDAR SERI BEGAWAN, 15 OGOS – Awang Mohd Ayob bin Ali muncul juara dalam Pertandingan Azan bagi Pelapis-pelapis dan Marbut Senegara yang dianjurkan oleh Jawatankuasa Takmir Masjid Mohamed Bolkiah, Kampung Serusop, kelmarin.

    Manakala itu, tempat kedua dimenangi oleh Awang Abdul Qawiyyel Azeez bin Haji Abdul Rajid dan Awang Muhammad Hakim bin Mohd Amin di tempat ketiga.

    Hadir selaku tetamu kehormat dan menyempurnakan penyampaian hadiah ialah Timbalan Menteri Hal Ehwal Ugama, Pengiran Dato Seri Paduka Haji Mohd Tashim bin Pengiran Haji Hassan.

    Seramai 20 orang peserta bertan-ding dalam peringkat akhir.

    Pertandingan itu diadakan bersempena sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam ke-76.

    Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah beramai-ramai sebelum pertandingan bermula dan ucapan oleh Pegawai Hal Ehwal Masjid Mohamed Bolkiah, Haji Syamsul Nizam bin Haji Badar yang antara lain menyentuh mengenai objektif pertandingan yang diadakan buat kali pertama itu.

    Kemudian, majlis diteruskan dengan pengumuman para pemenang dan persembahan laungan azan oleh tiga pemenang teratas sebelum penyampaian hadiah.

    Pengiran Dato Seri Paduka Haji Mohd Tashim menyampaikan hadiah kepada pemenang pertandingan, baru-baru ini.
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Bangladesh catat suhu paling panas bulan April

    DHAKA, 1 MEI - Biro cuaca Bangladesh berkata hari ini bahawa bulan lalu merupakan bulan paling panas dalam rekod, dengan negara Asia Selatan dan...