Thursday, May 2, 2024
23.9 C
Brunei

    -

    Taklimat tingkatkan kefahaman Maqasid Syariah

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 15 OGOS – Seramai 167 orang pegawai dan kakitangan Kementerian Sumber-sumber Utama dan Pelancongan (KSSUP) serta jabatan-jabatan di bawahnya pagi tadi menghadiri Taklimat Kefahaman Maqasid Syariah dalam Pengurusan dan Pentadbiran Negara Brunei Darussalam, bertempat di Dewan Setia Pahlawan, KSSUP.

    Taklimat tersebut adalah salah satu usaha dalam meningkatkan kesedaran dan kefahaman mengenai prinsip Maqasid Syariah dan dianjurkan oleh Unit Muraqib, Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU) di bawah Projek Pengukuhan Maqasid Syariah dalam Pengurusan dan Pentadbiran Negara Brunei Darussalam.

    Objektif taklimat antara lain ialah untuk memberikan kefahaman serta kesedaran mengenai kepentingan Maqasid Syariah dalam tadbir urus sesebuah organisasi mahupun dalam kehidupan seharian. Selain itu, taklimat turut menjelaskan bagaimana Maqasid Syariah relevan dalam menjamin kesejahteraan dan keselamatan sosial serta kestabilan negara.

    Taklimat juga menerangkan beberapa contoh aplikasi prinsip Maqasid Syariah dalam perkhidmatan-perkhidmatan di bawah KSSUP.

    Taklimat disampaikan oleh Pemangku Penolong Pengarah Hal Ehwal Masjid, Pengiran Haji Haslin bin Pengiran Haji Ali; Dekan Fakulti Syariah di Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPU SB), Dr Haji Noralizam bin Haji Aliakbar; dan Penolong Pensyarah di Fakulti Syariah, KUPU SB, Awang Azman bin Haji Kassim.

    Projek tersebut merupakan salah satu projek strategik KHEU bagi tahun 2020–2024, yang bertujuan untuk membudayakan penghayatan lima prinsip Maqasid Syariah dalam pengurusan dan pentadbiran di Negara Brunei Darussalam. Projek itu juga dihasratkan untuk menerapkan nilai-nilai baik dalam mendukung prinsip Maqasid Syariah.

    Antara ahli panel yang menyampaikan taklimat kefahaman Maqasid Syariah yang diadakan di Dewan Setia Pahlawan, KSSUP, kelmarin.
    Antara yang menghadiri taklimat tersebut.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Bangladesh catat suhu paling panas bulan April

    DHAKA, 1 MEI - Biro cuaca Bangladesh berkata hari ini bahawa bulan lalu merupakan bulan paling panas dalam rekod, dengan negara Asia Selatan dan...