Wednesday, October 2, 2024
27.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Bantu kesan dua pekerja asing lari dari majikan

    Oleh Sim Y. H. 

    BANDAR SERI BEGAWAN, 9 OGOS – Pasukan Polis Diraja Brunei dalam kenyataan yang dikeluarkan, di sini, memohon kerjasama orang ramai untuk mengesan dua orang pekerja warganegara asing yang dilaporkan lari daripada majikan dan sehingga hari ini belum balik.

    Laporan telah dibuat di Balai Polis Bangar untuk mengesan dua orang pekerja lelaki warganegara Bangladesh iaitu Md Ibarhim Baperi yang berusia 40 tahun dengan nombor kad pengenalan, 51-519539 (Hijau) dan Mohammad Sayed Howlader yang berusia 32 tahun dengan nombor kad pengenalan, 51-499196 (Hijau), yang dipercayai lari daripada majikan dan sehingga hari ini belum balik.

    Sehubungan dengan itu, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai dengan lelaki-lelaki berkenaan boleh menghubungi Balai Polis Bangar di talian, 5221333 atau talian kecemasan polis, 993 atau mana-mana balai polis yang berdekatan.

    Gambar hiasan. – Canva
    1. Md Ibarhim Baperi.
    2. Mohammad Sayed Howlader. – GAMBAR-GAMBAR SERAHAN PPDB

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda