Monday, May 20, 2024
25.6 C
Brunei

    -

    Bantu kesan remaja keluar dari rumah

    Oleh Syahmi Hassan –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 25 MAC – Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) memohon kerjasama dan bantuan daripada orang ramai untuk mengesan seorang remaja perempuan warganegara tempatan berusia 17 tahun yang dilaporkan telah keluar dari rumah.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh PPDB, di sini, satu laporan telah dibuat di Balai Polis Pusat Bandar Seri Begawan (BSB) untuk membantu mengesan Siti Nur Humaira Huwaida binti Abdullah Mohamad Almie yang mempunyai pasport bernombor 0084117-01.

    Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai remaja berkenaan boleh menghubungi Balai Polis Pusat BSB di talian 2242334, talian kecemasan polis 993 atau mana-mana balai polis yang berdekatan.

    Siti Nur Humaira Huwaida. – GAMBAR SERAHAN PPDB
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    India mengundi dalam pilihan raya fasa kelima

    AYODHYA, 20 MEI - Berjuta-juta orang India di 49 kawasan pilihan raya mula membuang undi pada hari ini ketika pilihan raya selama enam minggu...