Thursday, May 9, 2024
24.9 C
Brunei

    -

    Lima buah keluarga terima sumbangan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 25 MAC – Lima buah keluarga kurang bernasib baik di Kampung Kulapis telah menerima sumbangan pada majlis kendalian Muslimah Masjid Pehin Khatib Abdullah (PEKA), Kampung Kulapis, baru-baru ini.

    Sumbangan berupa barangan makanan asasi dan wang tunai telah disampaikan oleh Ketua Muslimah Masjid PEKA, Hajah Norainah binti Haji Kahar bersama Penolong Ketua Muslimah, Hajah Marzidah binti Haji Abu Bakar bertempat di kediaman para penerima.

    Dengan adanya sumbangan tersebut diharapkan dapat meringankan sedikit sebanyak beban mereka yang memerlukan untuk membuat persediaan bagi menyambut Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelang.

    Menghulurkan sumbangan bagi yang memerlukan khusus bagi penduduk kampung merupakan aktiviti tahunan Muslimah Masjid PEKA pada bulan Ramadan.

    Ahli-ahli Jawatankuasa Muslimah Masjid PEKA menyampaikan sumbangan kepada salah seorang penerima semasa majlis berkenaan. – GAMBAR SERAHAN PEKA
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Syarikat roti Jepun tarik balik produk berhubung penemuan badan tikus

    TOKYO, 9 MEI - Pengeluar roti dari Jepun, Pasco Shikishima Corp pada Rabu secara sukarela menarik balik kira-kira 104,000 paket jenama roti Chojuku selepas...