BERLIN, 16 JAN – Bayern Munich kembali mendahului empat mata di puncak carta Bundesliga selepas jaringan Leroy Sane membuka jalan untuk kemenangan 5-0 ke atas Hoffenheim pada pusingan ke-17 kelmarin.
Pasukan Bavarians membuka jaringan tujuh minit selepas perlawanan apabila Thomas Muller bertukar hantaran dengan Sane, yang merembat masuk ke sudut kiri bahagian bawah gawang.
Hoffenheim terperangkap lagi apabila Bayern menggandakan pendahuluannya lima minit kemudian apabila Harry Kane menghantar kepada Raphael Guerreiro, yang merembat dari jarak lapan meter dari gol.
Kane kemudian menambah namanya sebagai penjaring pada minit ke-26 selepas menyempurnakan sepakan penalti untuk golnya yang ke-27 berturut-turut dari sepakan penalti.
Pasukan Juara Jerman itu meneruskan penguasaan selepas rehat, apabila Sane dibiarkan tanpa kawalan merembat masuk hantaran lintang Mathys Tel tiga minit memasuki babak kedua.
Bayern masih belum selesai apabila pemain gantian Serge Gnabry menambah jaringan menjadikan kedudukan 5-0 pada minit ke-66.
Kemenangan itu mengekalkan Bayern empat mata di hadapan Leverkusen di tempat kedua, manakala Hoffenheim tergelincir ke tangga ke-16.
“Saya gembira dengan persembahan ini. Kami bermain dengan baik. Kami mesti meneruskannya,” kata jurulatih Bayern, Vincent Kompany. – Xinhua