Monday, May 20, 2024
30.8 C
Brunei

    -

    Berkenan adakan lawatan ke Royal Guard

    Oleh Syahmi Hassan
    Gambar oleh Infofoto

    BAHRAIN, 12 JUN – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, kelmarin, berkenan mengadakan lawatan ke Royal Guard, di Riffa.

    Berangkat mengiringi Kebawah Duli Yang Maha Mulia ialah Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Mateen.

    Keberangkatan tiba Baginda Sultan dijunjung oleh Raja Bahrain, His Majesty King Hamad bin Isa Al Khalifa, dan Pemerintah Royal Guard, His Highness Shaikh Nasser bin Hamad Al Khalifa.

    Semasa lawatan tersebut, Kebawah Duli Yang Maha Mulia telah menyaksikan acara perbarisan dan pertunjukan di padang kawad, dan mendengarkan sembah taklimat daripada His Highness

    Shaikh Nasser mengenai peranan Royal Guard dan rancangan masa hadapan untuk memperkembangkannya.

    Baginda kemudiannya menyaksikan pameran senjata tentera dan kenderaan bersenjata yang digunakan oleh Pasukan Serangan Royal Guard.

    Kebawah Duli Yang Maha Mulia dan His Majesty King Hamad juga telah menyaksikan demonstrasi menentang keganasan, yang turut disertai oleh DYTM Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Mateen bersama ahli-ahli Royal Guard.

    Royal Guard merupakan salah satu unit Pasukan Pertahanan Bahrain, angkatan tentera Bahrain.

    KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah semasa berkenan mengadakan lawatan ke Royal Guard di Riffa, kelmarin.
    Baginda Sultan berkenan mengadakan lawatan ke Royal Guard di Riffa.
    Demonstrasi menentang keganasan yang turut disertai oleh DYTM Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Mateen bersama ahli-ahli Royal Guard.

     

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Lai Ching-te dilantik sebagai presiden Taiwan

    TAIPEI, 20 MEI - Lai Ching-te mengangkat sumpah sebagai presiden baharu Taiwan pada Isnin, memulakan penggal di mana beliau dijangka meneruskan dasar kemerdekaan de...