Tuesday, February 11, 2025
26.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Berkenan lancarkan pengagihan kurma safawy

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 11 FEB- Sempena Bulan Ramadhan yang bakal menjelang, sejumlah 159.5 tan metrik buah kurma Kurnia Peribadi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam jenis safawy akan dibahagikan kepada seluruh rakyat dan penduduk yang beragama Islam di seluruh negara.

    Sehubungan itu, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Malik, selaku Pengerusi Jemaah Tadbir Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah telah berkenan melancarkan dan mengagihkan kurma kurnia peribadi tersebut dalam majlis pelancaran yang bertempat di Dewan An-Naura, Kompleks Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah, Bandar Seri Begawan pagi tadi.

    DYTM Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Malik berkenan menyempurnakan pengagihan kurma kurnia peribadi Kebawah Duli Yang Maha Mulia kepada salah seorang wakil semasa majlis berkenaan. – GAMBAR OLEH RAFI ROSLI

    Baca berita lanjut di Media Permata keluaran Rabu, 12 Februari.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda