DEMI kebaikan anak-anak dan keluarga, pelakon Fasha Sandha telah memohon maaf kepada aktres Nora Danish atas isu yang terjadi antara mereka pada majlis pertunjukan fesyen tahun lalu. Didakwa mengguris perasaan Nora rentetan isu terbabit, Fasha memberikan kenyataan berkaitan perkara tersebut. Fasha mengakui dia dan Nora Danish ke pejabat mediasi di Mahkamah Shah Alam minggu lalu.