Oleh Yusrin Junaidi
BANDAR SERI BEGAWAN, 14 JAN – Sempena Pesta Pengguna dan Ekspo Perdagangan ke-30 yang akan berlangsung di Pusat Persidangan Antarabangsa (ICC), Berakas, esok, Bank Islam Brunei Darussalam (BIBD) akan ikut serta dalam pesta berkenaan dengan bermula 15 hingga 19 Januari.
Sepanjang penyertaan, BIBD akan menawarkan tawaran eksklusif, ganjaran menarik dan aktiviti sebagai sebahagian daripada komitmen bank dalam menyokong pelanggan untuk mencapai matlamat kewangan mereka.
Antara acara menarik yang akan diadakan ialah penyampaian hadiah utama Aspirasi 6, di mana dua pemenang bertuah masing-masing akan membawa pulang $200,000. Penyampaian tersebut akan berlangsung pada 17 Januari, jam 2:00 petang.
Ikuti berita lanjut di Media Permata keluaran Rabu.