Tuesday, September 17, 2024
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Biro Wanita Al-Mudarisah teruskan sambutan Maulud

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 8 SEPT – Sambutan Maulud Nabi SAW terus disemarakkan dengan aktiviti-aktiviti keagamaan yang diadakan oleh pelbagai pihak di negara ini bagi meningkatkan lagi rasa kecintaan kepada junjungan besar, Nabi Muhammad SAW.

    Antara yang menyemarakkan sambutan berkenaan pada hari ini adalah Kumpulan Biro Wanita Al-Mudarisah Kg Sungai Buloh mengendalikan Zikir Maulud baru-baru ini di rumah Pg Hjh Dismani bte Pg Hj Metussin. Sambutan berkenaan disertai seramai 30 ahli yang terdiri daripada penduduk kampung dan keluarga.

    Kumpulan ini akan meneruskan aktiviti berkenaan dari rumah ke rumah ahli-ahlinya di sepanjang sambutan di bulan Rabiulawal ini.

    Atas dan bawah: Antara ahli kumpulan semasa aktiviti maulud berkenaan.

     

     

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda