Monday, May 20, 2024
25.6 C
Brunei

    -

    BIWWEC 2024 jadi landasan Kongres Air Sedunia 2028

    KUCHING, 9 MEI – Pameran dan Persidangan Air dan Air Buangan Antarabangsa Borneo (BIWWEC 2024) yang akan diadakan di sini dari 23 hingga 25 Oktober ini berfungsi sebagai landasan bagi pelan hala tuju Sarawak ke Kongres Air Sedunia 2028 Persatuan Air Antarabangsa (IWA).

    Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak, Datuk Seri Julaihi Narawi berkata persidangan itu juga dalam posisi untuk merangsang inovasi, menggalakkan kerjasama dan mempromosi kemampanan air, sekali gus meningkatkan kedua-dua, kemajuan sosio-ekonomi dan industri pemuliharaan alam sekitar, di rantau ini.

    “Kami juga bangga untuk mengumumkan kembalinya Persidangan Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak 2024 (SUTC 2024) sempena BIWWEC 2024.

    “Akan ada forum yang menampilkan lebih dari 50 penceramah serta panel antarabangsa dan tempatan dengan 80 sesi perbincangan dalam empat saluran sepanjang tiga hari BIWWEC berlangsung dan topik-topik utama untuk persidangan tahun ini ialah air mampan, air dan tenaga, kemampanan kewangan untuk aset air dan inovasi air digital,” katanya dalam sidang media di Bangunan Dewan Undangan Negeri Sarawak di sini, hari ini.

    Tahun lalu, Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg mengumumkan bahawa Sarawak telah dipilih untuk menjadi tuan rumah Kongres Air Sedunia IWA 2028 selepas membentangkan bidaan yang berjaya di Perancis.

    Bertemakan Bridging Solutions for Sustainable Water, BIWWEC 2024 menjangkakan 1,000 delegasi dan 55 pempamer dengan Abang Johari akan merasmikan persidangan itu dan menyampaikan ucaptama.

    Dianjurkan oleh Persatuan Air Malaysia (MWA) Cawangan Sarawak, persidangan itu akan diadakan di Pusat Konvensyen Borneo Kuching dengan slogan Flowing Future. – Bernama

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    India mengundi dalam pilihan raya fasa kelima

    AYODHYA, 20 MEI - Berjuta-juta orang India di 49 kawasan pilihan raya mula membuang undi pada hari ini ketika pilihan raya selama enam minggu...