Saturday, January 11, 2025
24.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Boy Iman mahu bela diri

    Pelakon dan penerbit, Boy Iman tetap dengan pendirian mahu menegakkan keadilan bagi dirinya selepas berdepan pertuduhan menipu berhubung penganjuran festival beli-belah Hooray X Fest Raya, April lalu.

    Menurut petikan dalam mStar, Boy Iman atau nama sebenarnya Norul Iman Abdul Rahman, 43, berkata dia mempunyai hak untuk membela diri kerana yakin tidak bersalah.

    “Lawan tetap lawan sampai menang. Saya memang nak gugurkan kes ini sebab saya tak bersalah.

    “Saya ada hak, jadi saya lawan. Kalau saya salah lainlah,” katanya.

    Boy berkongsi perkara itu ketika ditemui Mahkamah Majistret Kuala Lumpur bagi sebutan semula kes berkenaan pada Isnin.

    Boy percaya dirinya tidak bersalah. – mStar

    Dalam pada itu, Boy memaklumkan dia hanya bekerja di bawah syarikat berkenaan dan tidak sepatutnya menanggung pertuduhan berkenaan.

    Pada 25 April lalu, Boy bersama empat individu lain mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menipu seorang wanita berhubung penganjuran festival Hooray X Fest Raya yang sepatutnya diadakan di Pusat Dagangan Dunia (WTC) pada 19 April hingga 21 April lalu.

    Mengikut pertuduhan, kesemua tertuduh didakwa menipu peniaga Siti Wardina Basir, 21, dengan cara memperdaya mangsa dalam penjualan tapak perniagaan atau penyewaan tapak di festival berkenaan sehingga mangsa menyerahkan wang berjumlah RM1,500.

    Kesalahan itu didakwa dilakukan di WTC di sini pukul 2:34 pagi pada 19 April lalu yang didakwa mengikut Seksyen 420 yang dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.

    Sabit kesalahan, tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara tidak kurang setahun dan maksimum 10 tahun dan sebat dan boleh didenda.

    Sementara itu, peguam yang mewakilinya iaitu Johan Ariff Salim Khan bagaimanapun memohon mahkamah mengurangkan jumlah ikat jamin memandangkan anak guamnya mempunyai tanggungan keluarga. – Agensi

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda