Tuesday, September 17, 2024
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Britney Spears mula bosan hidup menjanda

    Selepas tiga bulan berpisah dengan Sam Asghari, penyanyi Britney Spears berasa janggal apabila kembali hidup solo.

    Britney, 42, bagaimanapun memberitahu dia mengambil peluang ini memikirkan setiap perkara yang berlaku dalam hidupnya.

    Menurut kenyataan mStar, dia malah sedar mudah dimanipulasi orang lain dan akan cuba sedaya upaya mengubah perkara tersebut.

    “Sangat pelik menjadi bujang, saya terlalu banyak masa melihat secara teliti setiap baik dan buruk masa lalu saya.

    “Saya bosan tetapi saya juga takut dengan banyak perkara perlu saya hadapi tapi akhirnya saya yang tentukan bagaimana cara saya hidup.

    “Saya tahu ramai yang akan campur tangan mengenai hidup saya tapi tak salah kalau saya pentingkan diri sendiri,” luahnya.

    Pada 17 Ogos lalu, Britney dan Sam mengumumkan perpisahan mereka hanya selepas setahun mendirikan rumah tangga.

    Sam mendedahkan penyanyi itu berlaku curang sehingga menyebabkan dia memfailkan cerai terhadap penyanyi itu. – Agensi

    Britney lakukan pelbagai aktiviti untuk hilangkan kebosanannya. – Grazia Daily
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda