Monday, May 20, 2024
30.8 C
Brunei

    -

    Brunei alami cuaca panas, rekod suhu 35 darjah Celsius

    Oleh Sim Y.H. –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 24 MAC – Sejak 21 Mac yang lalu, Negara Brunei Darussalam telah mengalami cuaca panas melampau atau biasa dikenali sebagai kejadian gelombang haba pada waktu siang.

    Suhu maksimum harian yang telah direkodkan di beberapa kawasan di negara ini telah mencapai sekurang-kurangnya 35 darjah Celsius berturut-turut dalam tiga hari kebelakangan ini.

    Jabatan Kajicuca Brunei Darussalam (BDMD) dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini, hari ini, menyatakan bahawa pada 24 Mac, terdapat tujuh kawasan telah merekodkan cuaca panas melampau iaitu Labi, Batang Duri, Bangar, Lekiun, Lumapas, Bandar Seri Begawan dan Anggerek Desa, manakala terdapat lima kawasan lain telah merekodkan suhu cuaca panas luar biasa iaitu Universiti Brunei Darussalam (UBD), Pekan Tutong, Sinaut, Benutan dan Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei (LTAB).

    Keadaan ini juga disebabkan oleh pengurangan aktiviti turunan hujan, yang mana setakat ini jumlah turunan hujan yang direkodkan di Stesen Pencerapan Cuaca, LTAB bagi Mac 2024 adalah sebanyak 5.6 mm iaitu jauh di bawah jumlah normal sebanyak 143.4 mm.

    BDMD dalam kenyataannya lagi menyatakan bahawa Negara Brunei Darussalam pada masa ini berada di penghujung fasa kedua monsun timur laut dan semasa tempoh ini, pada kebiasaannya keadaan atmosfera cenderung lebih stabil dengan pengurangan aktiviti turunan hujan.

    Gambar Freepik

    Bagi minggu terakhir Mac, cuaca Negara Brunei Darussalam masih diramalkan panas dan kering dengan pengurangan jumlah dan aktiviti hujan.

    Suhu maksimum harian dijangkakan boleh mencecah antara 33 darjah celsius hingga 36 darjah Celcius dengan keadaan cuaca berjerebu juga diramalkan berlaku.

    Orang ramai adalah dinasihatkan untuk mengambil langkah berjaga-jaga dan keselamatan akan keadaan cuaca panas dan kering yang diramalkan berlaku.

    Catatan suhu maksimum harian bagi kawasan-kawasan di Negara Brunei Darussalam boleh didapati melalui melalui laman Facebook @bruneiweather, Instagram, @brunei.weather dan saluran Telegram, Brunei Weather.

    Manakala, maklumat cuaca terkini boleh diperolehi dengan menghubungi peramal cuaca yang bertugas di Pusat Ramalan Cuaca, Talian Cuaca 114 atau melayari laman sesawang, www.met.gov.bn dan melalui aplikasi bimbit iaitu Brunei WX.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Lai Ching-te dilantik sebagai presiden Taiwan

    TAIPEI, 20 MEI - Lai Ching-te mengangkat sumpah sebagai presiden baharu Taiwan pada Isnin, memulakan penggal di mana beliau dijangka meneruskan dasar kemerdekaan de...