Saturday, May 4, 2024
24 C
Brunei

    -

    Buka purdah kerana situasi darurat

    Keperluan mencari rezeki untuk tiga anaknya menjadi punca Inara Rusli menanggalkan purdah yang dipakainya. Keputusan ini diambil setelah mendapat nasihat daripada Ustaz Derry Sulaiman.

    Ulama pun membenarkan. Menurutnya, pada dasarnya berpurdah bukanlah satu kewajipan bagi wanita Islam. Hukum berpurdah dalam Islam adalah sunnah.

    “Maknanya kalau nampak orang berpurdah jangan cakap salah, itu urusan dia tutup muka. Yang berpurdah tu jangan salahkan yang tak berpurdah,” kata Ustaz Derry Sulaiman dipetik dari Siasatan Intense, hari ini.

    Dalam kesempatan itu, Ustaz Derry Sulaiman turut meminta orang ramai supaya tidak membuli Inara Rusli atas keputusannya menanggalkan purdahnya. Dia meminta orang ramai menghormati antara satu sama lain.

    Inara Rusli memutuskan membuka purdah demi mencari rezeki. – Agensi

    “Jadi tolonglah satu hari nanti, kalau warganet nampak Ina menanggalkan purdah, jangan buli dia sebab itu bukan jenayah, tak apa. Jadi kalau Ina tanya, boleh tak nak buka purdah? Teruskan,” katanya.

    Di hadapan kru media, wanita yang masih isteri Virgoun itu membuka purdahnya.

    Walaupun risiko dibuli masih wujud, Inara tidak mahu menjadikan ia satu masalah.

    “Buli itu tidak mendatangkan apa-apa kepada saya, paling penting saya dapat menyara anak-anak saya,” katanya.

    Inara Rusli berazam untuk menanggalkan purdah selepas bekerja dengan produk penjagaan kulit demi mencari rezeki untuk anak-anaknya. – Agensi

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gara-gara pelancong ‘biadab’, pemandangan Gunung Fuji disekat

    FUJIKAWAGUCHIKO, JEPUN, 3 MEI - Kerja-kerja telah dimulakan di sebuah pekan kecil Jepun untuk membina sekatan yang menghalang pemandangan pa-ling terkenal di negara itu,...