Saturday, May 4, 2024
27.4 C
Brunei

    -

    Cabaran 20 Bilion Langkah Bersama tercapai

    Oleh Syahmi Hassan
    Gambar oleh Bahyiah Bakir

    BANDAR SERI BEGAWAN, 1 JAN – Sasaran bagi Cabaran 20 Bilion Langkah Bersama telah berjaya dicapai beberapa jam sebelum melangkah ke tahun baharu iaitu pada pukul 7:20 malam, kelmarin.

    Terdahulu, Kementerian Kesihatan telah mengadakan aktiviti BN on the Move – 20 Billions Steps The Final Countdown, di Persatuan Bola Sepak Brunei Darussalam (FABD), Berakas.

    Acara tersebut dihadiri oleh Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohammad Isham bin Haji Jaafar; Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi Kedua, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohd Amin Liew bin Abdullah; Menteri Pembangunan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Mohd Juanda bin Haji Abdul Rashid; Menteri Pengangkutan dan Infokomunikasi, Yang Berhormat Pengiran Dato Seri Setia Shamhary bin Pengiran Dato Paduka Haji Mustafa; dan Timbalan Menteri Kewangan dan Ekonomi (Fiskal), Pengiran Datin Seri Paduka Hajah Zety Sufina binti Pengiran Dato Paduka Haji Sani.

    Ia telah dimulakan dengan permulaan pengiraan bagi 20 Bilion Langkah Bersama serta sesi senamrobik dan seterusnya aktiviti berjalan pantas sejauh 3km dan 5.5km mengelilingi Taman Riadah, Jalan Pusat Persidangan, di mana acara cabutan bertuah turut diadakan.

    BN on the Move merupakan program promosi kesihatan yang bertujuan untuk mempromosi serta memberigakan salah satu ciri baharu dalam aplikasi BruHealth untuk meningkatkan tahap kegiatan fizikal dalam kalangan masyarakat Brunei dengan menggalakkan berjalan kaki atau meningkatkan jumlah langkah setiap hari.

    Cabaran 20 Bilion Langkah Bersama iaitu cabaran kedua di bawah inisiatif BN on the Move telah bermula pada 1 Oktober 2022 di mana pencapaian 20 bilion langkah telah disasarkan dalam tempoh dari tarikh pelancarannya sehingga 31 Disember.

    Aktiviti fizikal yang dilakukan melalui cabaran tersebut termasuk berjalan kaki atau bersenam sama ada secara individu atau berkumpulan.

    Acara kelmarin merupakan salah satu usaha ke arah mencapai sasaran 20 bilion langkah sebelum tempoh cabaran berakhir pada tengah malam tadi.

    Turut hadir semasa acara itu ialah setiausaha-setiausaha tetap dan timbalan setia-usaha tetap, ketua-ketua jabatan, para pegawai dan kakitangan kerajaan daripada semua kementerian. Aktiviti tersebut disokong oleh EVYD Technology Sdn Bhd.

    Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohammad Isham bergambar ramai bersama antara yang menyertai acara di Taman Riadah, Jalan Pusat Persidangan.
    Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohd Amin Liew, Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Muhammad Juanda dan Yang Berhormat Pengiran Dato Seri Setia Shamhary semasa menyertai walkaton berkenaan.
    Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohammad Isham, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohd Amin Liew, Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Muhammad Juanda, dan Yang Berhormat Pengiran Dato Seri Setia Shamhary menyertai sesi memanaskan badan sebelum acara walkaton.
    Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohammad Isham dan Pengiran Datin Seri Paduka Hajah Zety Sufina bergambar ramai bersama para pemenang cabutan bertuah.

    Peserta Cabaran 20 Bilion Langkah Bersama semasa menyertai cabaran tersebut di Taman Riadah, Jalan Pusat Persidangan, Bandar Seri Begawan kelmarin. Negara Brunei Darussalam mencapai angka 20 bilion itu pada jam 7:20 malam, sebelum kedatangan Tahun Baharu 2023. – Gambar oleh Bahyiah Bakir
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gara-gara pelancong ‘biadab’, pemandangan Gunung Fuji disekat

    FUJIKAWAGUCHIKO, JEPUN, 3 MEI - Kerja-kerja telah dimulakan di sebuah pekan kecil Jepun untuk membina sekatan yang menghalang pemandangan pa-ling terkenal di negara itu,...