Saturday, May 18, 2024
29.7 C
Brunei

    -

    Klinik Kesihatan Ibu dan Anak kembali ke Berakas

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 1 JAN – Kementerian Kesihatan melalui Jabatan Perkhidmatan Kesihatan memaklumkan mengenai pengembalian semula perkhidmatan Klinik Kesihatan Ibu dan Anak.

    Klinik yang sebelum ini beroperasi di Tingkat 5, Blok 2G, Kondominium Ong Sum Ping, akan dipindahkan semula ke Pusat Kesihatan Berakas Jalan 10 Selatan, Rancangan Perumahan Negara Lambak Kanan bermula 3 Januari ini.

    Waktu operasi bagi perkhidmatan klinik berkenaan adalah Isnin hingga Khamis dan Sabtu kecuali hari kelepasan awam, dari pukul 7:45 pagi hingga 12:15 tengah hari dan 1:30 petang hingga 4:30 petang. Untuk maklumat lanjut, orang ramai bolehmenghubungi Talian Darussalam 123 atau layari laman sesawang www.moh.gov.bn.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    7 maut dalam banjir kilat di Iran

    TEHRAN, 17 Mei – Sekurang-kurangnya tujuh orang maut dalam banjir kilat susulan hujan lebat di bandar Mashhad di timur laut Iran, lapor agensi berita...