Saturday, May 4, 2024
25.1 C
Brunei

    -

    Cat Farish sahkan berita perceraian

    Sebelum ini, penyanyi dan pelakon Cat Farish (gambar) didakwa melafazkan talak terhadap isterinya, Suriani Hassan, 36, sebanyak tiga kali tanpa sebab pada 13 Disember lalu.

    Cat berkata ketika itu berlaku sedikit pertengkaran sehingga dia melafazkan cerai terhadap isterinya sebanyak tiga kali serta mengakui mempunyai tabiat cakap berulang kali.

    Terbaru, memetik laporan Xtra, Cat atau nama sebenarnya Farish Ramli mengesahkan dia dan isteri mengambil keputusan untuk membawa haluan masing-masing.

    Perkara itu diberitahu oleh Cat menerusi ruangan komen menjawab pertanyaan warganet yang bertanyakan mengenai status perkahwinannya. Bagaimanapun, Cat tidak berkongsikan lebih lanjut mengenai perpisahan tersebut.

    Sebelum ini, Suriani mengesahkan telah membuat pendaftaran pengesahan cerai di Mahkamah Syariah Sendayan, Negeri Sembilan selepas tiga hari talak dilafazkan.

    Perbicaraan kes perceraian mereka telah ditetapkan pada 16 Januari lalu, namun tiada kenyataan daripada Cat mahupun Suriani mengenai status hubungan mereka. – Agensi

    Gambar Cat Farish bersama isterinya, Suriani. Cat mengesahkan kes perceraiannya melalui ruangan komen Instagram setelah ditanya oleh warganet. – Agensi
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gara-gara pelancong ‘biadab’, pemandangan Gunung Fuji disekat

    FUJIKAWAGUCHIKO, JEPUN, 3 MEI - Kerja-kerja telah dimulakan di sebuah pekan kecil Jepun untuk membina sekatan yang menghalang pemandangan pa-ling terkenal di negara itu,...