Tuesday, January 14, 2025
23.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Cavs tewas kepada Pacers

    LOS ANGELES, 13 JAN – Indiana Pacers memadam defisit 15 mata untuk mengakhiri rekod kemenangan 12 perlawanan NBA Cleveland Cavaliers kelmarin, menewaskan pendahulu liga, Cavaliers dengan keputusan 108-93.

    Andrew Nembhard menjaringkan 19 mata, Pascal Siakam menambah 18 dan Myles Turner menyumbang 15 mata dan 10 rebound untuk Pacers, apabila pengawal, Tyrese Haliburton terpaksa dikeluarkan akibat kecederaan hamstring.

    Pacers memberikan Cavaliers kekalahan kedua mereka di tempat sendiri musim ini, mencatat kemenangan keenam berturut-turut mereka dengan margin dua angka.

    “Kami akan tetap berusaha,” kata Nembhard mengenai serangan Pacers pada separuh masa kedua.

    “Ia adalah pasukan terbaik dalam liga sekarang. Kami hanya perlu bermain bersungguh-sungguh, bermain bersama, lebih menumpu pada aspek fizikal dalam permainan di bahagian pertahanan dan di gelanggang,” tambahnya.

    Darius Garland menjaringkan 20 mata dan menyumbang tujuh assist untuk memimpin Cavaliers, yang mendahului 53-40 pada separuh masa dan memberikan kelebihan kepada 60-45 pada awal suku ketiga. – AFP

    Pascal Siakam (kanan) cuba menjaringkan mata sambil dihalang oleh Georges Niang semasa permainan bola keranjang NBA pada 12 Januari, di Cleveland. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda