Tuesday, May 21, 2024
24.6 C
Brunei

    -

    Chef Wan sangkal selesai 13 kemoterapi

    Cef selebriti, Datuk Redzuawan Ismail menjelaskan laporan mengatakan dia sudah menjalani rawatan kemoterapi sebanyak 13 kitaran adalah tidak benar.

    Redzuawan atau lebih mesra dengan sapaan Chef Wan sebaliknya berkata, ketika ini dia baru menyelesaikan empat kitaran rawatan tersebut, lapor mStar.

    Kata Chef Wan, dia sendiri tidak dapat membayangkan bagaimana keadaan dirinya jika sudah melalui kesemua proses rawatan berkenaan.

    “Macam mana empat kitaran kemoterapi tapi penulis boleh tulis sampai 13 ni?

    “Kalau 13 kemoterapi, atok (Chef Wan) dari buah kana boleh jadi asam boi… empat kitaran ini pun sudah cukup seksanya,” katanya.

    Chef Wan mendedahkan menghidap kanser limfoma pada Ogos lalu. – mStar

    Chef Wan berkongsi mengenai perkara itu menerusi hantaran dimuat naik di Instagram miliknya.

    Dalam pada itu, Chef Wan memberitahu dia sudah empat hari berada di hospital bagi menjalani rawatan kemoterapi bagi kitaran keempat.

    Jelasnya, jika tidak mempunyai sebarang masalah, dia akan dibenarkan pulang ke rumah pada Ahad ini.

    “Selamat pagi… saya sudah empat hari di hospital untuk menjalani kitaran keempat kemoterapi.

    “Alhamdulillah tidak banyak berlaku kesan sampingan melainkan ruam pada kulit… kata doktor sekiranya semua baik-baik, pagi Ahad saya dibenarkan pulang ke rumah,” ujarnya. – Agensi

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    India mengundi dalam pilihan raya fasa kelima

    AYODHYA, 20 MEI - Berjuta-juta orang India di 49 kawasan pilihan raya mula membuang undi pada hari ini ketika pilihan raya selama enam minggu...