Friday, January 17, 2025
29.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    China duduki tangga pertama ranking perkapalan global selama 15 tahun

    BEIJING 16 JAN – China menduduki tangga pertama dalam ranking perkapalan global untuk 15 tahun berturut-turut hingga 2024 mengikut tiga indeks utama dalam industri pembinaan kapal.

    Ranking berkenaan berdasarkan data terkini sektor perkapalan negara Tembok Besar itu bagi sepanjang 2024.

    Jumlah penyelesaian pembinaan kapal China mencatat 55.7 peratus keseluruhan dunia yang bermakna lebih separuh daripada keseluruhan kapal yang dihantar kepada pelanggan di dunia pada 2024 adalah dibuat di China.

    Pada masa yang sama, tempahan pembinaan kapal yang dipegang China mewakili 63.1 peratus daripada keseluruhan pasaran global.

    Selain itu, tempahan pembinaan kapal baharu yang diterima China merupakan 74.1 peratus daripada keseluruhan pasaran global, yang bermakna lebih 70 peratus daripada kapal yang akan dibina selanjutnya dalam senario global merupakan produk buatan China.

    China juga mempunyai syer yang semakin meningkat dalam pasaran global berhubung tempahan baharu yang diterima untuk pembuatan kapal berkuasa hijau, yang meningkat daripada 31.5 peratus pada 2021 kepada 78.5 peratus pada 2024.

    China gah dengan menduduki tempat pertama dalam ranking dunia berhubung tempahan baharu untuk 14 dari 18 jenis kapal arus perdana di dunia seperti kapal serba guna, pengangkut kereta dan kapal kontena. – Bernama

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda