Tuesday, September 17, 2024
24.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    China gantung seumur hidup 43 individu kerana judi, atur perlawanan

    BEIJING, 10 SEPT – Bola sepak China hari ini menggantung 43 individu seumur hidup kerana dakwaan perjudian dan mengatur keputusan perlawanan, termasuk tiga bekas pemain kebangsaan China dan pemain Piala Dunia Korea Selatan, Son Jun Ho, lapor media negara itu.

    Di bawah pemerintahan Presiden Xi Jinping, Beijing dalam beberapa tahun kebelakangan ini mengenakan tindakan keras terhadap rasuah dalam sukan terutamanya bola sepak selain memenjarakan ramai pegawai atasan.

    Jinping seorang fanatik bola sepak yang mengatakan beliau mengimpikan negaranya menjadi tuan rumah dan memenangi Piala Dunia.

    Namun cita-citanya itu mungkin sukar untuk direalisasikan selepas skandal rasuah yang berulang dan keputusan yang mengecewakan selama bertahun-tahun di tengah padang.

    Daripada 43 yang digantung kebanyakannya adalah pemain dan antara 128 orang yang terbabit secara keseluruhan dalam siasatan dua tahun ke atas perjudian haram dan mengatur perlawanan dalam permainan domestik, kata kementerian keselamatan awam China, menurut media kerajaan.

    Penyokong pasukan China bersorak semasa Piala Dunia dan Kelayakan Asia AFC antara Jepun dan China di Stadium Saitama pada 5 September. – AP

    Berita itu muncul beberapa jam sebelum perlawanan kelayakan Piala Dunia 2026 antara China dan Arab Saudi serta seminggu selepas pasukan kebangsaan diaibkan 7-0 oleh musuh tetangga Jepun.

    Persatuan Bola sepak China (CFA) menuduh Jun Ho, yang beraksi dengan Shandong Taishan dalam Liga Super China, terbabit dalam mengatur keputusan perlawanan dan mengambil rasuah.

    Pemain tengah antarabangsa itu, yang tampil dalam tiga daripada empat perlawanan Korea Selatan pada Piala Dunia 2022 di Qatar, kembali ke Korea Selatan pada Mac tahun ini selepas ditahan di China sejak Mei 2023.

    Beijing berkata pada masa itu dia ditahan “kerana disyaki menerima rasuah daripada pekerja bukan kerajaan,” tanpa memberikan butiran terperinci.

    Seorang wakil untuk Son berusia 32 tahun, yang kini bermain dalam liga domestik terkemuka Korea Selatan, memberitahu agensi berita Yonhap bahawa mereka ‘bingung’ dengan dakwaan itu dan bahawa Son akan mengadakan sidang akhbar untuk menangani dakwaan itu.

    Turut berada dalam senarai digantung seumur hidup adalah bekas pemain antarabangsa China, Jin Jingdao, yang juga bermain untuk Shandong Taishan. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda